top of page
taklaful.webp

TENTANG PRODUK

FWD KASIH TAKAFUL

FWD Kasih adalah pelan takaful bertempoh yang boleh diperbaharui setiap tahun. Pelan takaful ini menyediakan perlindungan kepada anda dengan sumbangan yang berpatutan dan tidak membebankan situasi kewangan anda. Syarikat FWD menguruskan operasi takaful ini berdasarkan kontrak Syariah Wakalah, sesuai dengan Syariah dan dipandu oleh jawatankuasa Syariah. FWD Kasih telah diperakui oleh Bank Negara Malaysia sebagai pelan perlindungan yang berpatutan dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang dan ringkas.

 

Kemudian, pelan takaful menawarkan manfaat kematian, kematian akibat kemalangan dan Hilang Upaya dan Kekal (HUPK) kepada anda. Syarikat FWD akan membayar sebanyak RM3,000 apabila orang dilindungi meniggal dunia, sebagai manfaat khairat kematian. Jadual Sijil Takaful ini akan diperbaharui setiap tahun secara automatik sehingga anda berumur 59 tahun dan tamat pada umur 60 tahun. 

Manfaat

FWD Kasih menyediakan manfaat-manfaat di bawah:

Pengecualian Manfaat

Jadual Sijil Takaful (“sijil”) ini anda mempunyai beberapa pengecualian tertentu, di mana manfaat tidak akan dibayar di dalam situasi-situasi tertentu. Di sini kami senaraikan pengecualian yang terpakai untuk sijil anda.

Manfaat Kematian

  • Kami tidak akan membayar manfaat kematian jika tuntutan yang dibuat berlaku akibat daripada bunuh diri oleh Orang Dilindungi dalam tempoh satu tahun dari tarikh mula Jadual Sijil Takaful anda. Pengecualian ini terpakai tanpa mengambil kira keadaan mental Orang Dilindungi.

  • Manfaat kematian tidak akan dibayar jika tuntutan yang dibuat disebabkan oleh penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

Manfaat HUPK

  • Manfaat HUPK tidak boleh dituntut jika tuntutan berlaku percubaan bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan atas diri sendiri oleh Orang Dilindungi dan dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan Jadual Sijil Takaful anda. Pengecualian ini terpakai tanpa mengambil kira keadaan mental Orang Dilindungi.

Manfaat HUPK dan Manfaat Kematian

  • Manfaat ini tidak akan dibayar jika tuntutan dibuat kerana Orang dilindungi dengan sengaja terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang, atau kegagalan untuk bertindak yang menyalahi undang-undang atau sebarang percubaan yang menyalahi undang-undang.

  • Kami tidak akan membayar manfaat ini jika tuntutan adalah akibat tindakan peperangan (samada diisytiharkan atau tidak), rampasan kuasa, revolusi, rusuhan atau apa-apa kejadian yang serupa.

SYARAT KELAYAKAN

Had umur untuk memohon produk

  • Umur minimum untuk memohon 19 tahun

  • Manakala umur maksimum untuk memohon pada usia 55 tahun

  • Umur perlindungan maksimum hingga 60 tahun

Pendapatan Peribadi Bulanan

  • Hanya kepada golongan B40 sahaja

  • gaji pendapatan bulanan individu tidak melebihi sebanyak RM5,000

Kesihatan

  • Pelanggan perlu sihat dari sebarang penyakit kronik

  • Sebagai contoh sakit jantung

  • Penyakit biasa yang sering dialami oleh sesiapa seperti demam, selsema dibenarkan

Maklumat Pembayaran 

  • Kad debit/kredit

        Pembayaran secara bulanan atau tahunan

  • Perbankan atas talian

        Pembayaran secara  tahunan

  • Boost, Touch 'n Go, Grabpay, ShopeePay

        Pembayaran secara  tahunan

bottom of page